Wednesday, March 30, 2011

taman alam

terlupa pulakk...
hari kedua di kola selangor,
selepas check out, breakfast, tapau nasi ambeng untuk tengahari
kami singgah di taman alam, sebelah je dgn bukit melawati
emmm... tak tahu apa yg ada kat sini
main redah ajelah...

bayar yuran masuk rm4 sorang, dibekalkan dgn peta, dan peringatan drpd kakak tu
"jalan 500m yg pertama ni ada  nyamuk sikit ye" tapi lepas tu okey...
hmm, ingat okey jela, ala, setakat nyamuk je kannnnn....
rupa2nya kawasan ni besarrrrrrrr.... makan masa seharian pon boleh.
pakaian pon kenalah bersesuaian....
bukan wedges, henbeg branded, siap pearl lagikk, sib baik tak kena rompak dgn monyet...

huhu... peringatan...
perjalanan adalah menaiki kaki..
500m yang pertama, melalui kawasan hutan, semak.
ingat
"jalan 500m yang pertama ada nyamuk SIKIT"
disini anda bakal disambut dengan haiwan berbulu. apa lagi, monyet lerrr
huh, dengan monyet2 pon tergaruk2.... sikit dia kata, lenkali, sapa yg nk pegi sini, tolong bwk ridsect ke, fumakilla aerosol ke.... bukan setakat kena gigit, kena hurung, kena ikuttttt!!!
tak de dah keinginan nk menyelamatkan lapisan ozon, lenkali mmg bwk aerosol tu, sembur keliling. mati ko nyamukkkkkk!!!




inilah pemandangan yg dapat dilihat di kawasan byk nyamuk
sampai kat jambatan ni, selamat dah dr tentera penghisap darah... tp balik kang kena lagikkk...

check point yang pertama:
watch tower:
dari atas ni boleh nampak:


 pelbagai spesis burung... ikut musim, sebab tempat ni jadi transit burung2 berhijrah
boya?? hehe kecik sket..
apa sahaja makhluk yang terbang boleh capture jugak.
luasnya taman alam ni 800 ekar. kami jalan tak sampai 1km pon lagi. itu pon dah nak balik. penat. tak ada perancangan, mcm ni lah jadinya. panjang umur, InsyaAllah akan dtg lagi, nk explore perabih taman alam ni. bukan sahaja burung, monyet, biawak leh jupe kat sini, tapi kalau bertuah, datang pada musim nya, boleh nampak ketam, ular, kerang2an, yang boleh jumpa di kawasan paya bakau. kat sini sesiapa penggemar keindahan flora dan fauna memang akan betul2 menghayatinya. tp jangan risau, nyamuk hanya ada sepanjang main trail je, lepas tu bebas berjalan tanpa gangguan. best lah kalu dapat jumpa kesemua binatang yang disenaraikan dlm brosure...
kami berhenti takat batu ke 10 je... ada banyak lagi batu rupe2nya.
disini ada juga disediakan chalet, dgn harga berpatutan. kalu stay sini, bolehlah masuk awal2 pagi dlm taman alam ni.
dengan adanya gambo posing maut mika2 ini, bermakna kami dah selamat sampai di rumah...
sekian sahaja kisah ke kuala selangor buat entri kali ini...


No comments:

Post a Comment