Wednesday, March 30, 2011

taman alam

terlupa pulakk...
hari kedua di kola selangor,
selepas check out, breakfast, tapau nasi ambeng untuk tengahari
kami singgah di taman alam, sebelah je dgn bukit melawati
emmm... tak tahu apa yg ada kat sini
main redah ajelah...

bayar yuran masuk rm4 sorang, dibekalkan dgn peta, dan peringatan drpd kakak tu
"jalan 500m yg pertama ni ada  nyamuk sikit ye" tapi lepas tu okey...
hmm, ingat okey jela, ala, setakat nyamuk je kannnnn....
rupa2nya kawasan ni besarrrrrrrr.... makan masa seharian pon boleh.
pakaian pon kenalah bersesuaian....
bukan wedges, henbeg branded, siap pearl lagikk, sib baik tak kena rompak dgn monyet...

huhu... peringatan...
perjalanan adalah menaiki kaki..
500m yang pertama, melalui kawasan hutan, semak.
ingat
"jalan 500m yang pertama ada nyamuk SIKIT"
disini anda bakal disambut dengan haiwan berbulu. apa lagi, monyet lerrr
huh, dengan monyet2 pon tergaruk2.... sikit dia kata, lenkali, sapa yg nk pegi sini, tolong bwk ridsect ke, fumakilla aerosol ke.... bukan setakat kena gigit, kena hurung, kena ikuttttt!!!
tak de dah keinginan nk menyelamatkan lapisan ozon, lenkali mmg bwk aerosol tu, sembur keliling. mati ko nyamukkkkkk!!!




inilah pemandangan yg dapat dilihat di kawasan byk nyamuk
sampai kat jambatan ni, selamat dah dr tentera penghisap darah... tp balik kang kena lagikkk...

check point yang pertama:
watch tower:
dari atas ni boleh nampak:


 pelbagai spesis burung... ikut musim, sebab tempat ni jadi transit burung2 berhijrah
boya?? hehe kecik sket..
apa sahaja makhluk yang terbang boleh capture jugak.
luasnya taman alam ni 800 ekar. kami jalan tak sampai 1km pon lagi. itu pon dah nak balik. penat. tak ada perancangan, mcm ni lah jadinya. panjang umur, InsyaAllah akan dtg lagi, nk explore perabih taman alam ni. bukan sahaja burung, monyet, biawak leh jupe kat sini, tapi kalau bertuah, datang pada musim nya, boleh nampak ketam, ular, kerang2an, yang boleh jumpa di kawasan paya bakau. kat sini sesiapa penggemar keindahan flora dan fauna memang akan betul2 menghayatinya. tp jangan risau, nyamuk hanya ada sepanjang main trail je, lepas tu bebas berjalan tanpa gangguan. best lah kalu dapat jumpa kesemua binatang yang disenaraikan dlm brosure...
kami berhenti takat batu ke 10 je... ada banyak lagi batu rupe2nya.
disini ada juga disediakan chalet, dgn harga berpatutan. kalu stay sini, bolehlah masuk awal2 pagi dlm taman alam ni.
dengan adanya gambo posing maut mika2 ini, bermakna kami dah selamat sampai di rumah...
sekian sahaja kisah ke kuala selangor buat entri kali ini...


Friday, March 25, 2011

day counting


penantian, pengharapan... semoga, next trip menjadi kenyataan..
semoga umur kami panjang, dan diizinkan

8 days to go......

5 days to go.... mak dgn abah dah janji nak hantar g lcct.

Friday, March 18, 2011

bantuan...



kembara wjc nk masuk ke lorong kanan. proton ni tak bagi plakkk..adehhh.
beginilah nasib kembara... now dlm bengkel untuk dipulihkan. semoga dapat dipulihkan seperti sediakala dan kembali encem mcm dulu2..............leh kita smbg trip kita lg. plan nk blik kampung pon terpaksa ditangguhkan. sob..sob..sob...

Thursday, March 17, 2011

tragedi!!!!

terperanjat, blur, tak sangka, tak percaya!!
kembara, kord dan laa di timpa tragedi di bulan mac...
kami redha dengan apa yang terjadi, syukur pd Ilahi, tiada yang cedera teruk
ada hikmah yang tersembunyi... manusia tidak mengetahui segala rahsia kejadian...

16 Mac 2011, antara jam 930-1000pm
lokasi kejadian: bandar baru bangi, simpang empat berhadapan masjid hasanah.
ermmm, di masjid inilah sejarah merekodkan kord dan laa dinikahkan 4 tahun yang lalu....

dalam perjalanan dari teratak kami menuju ke ambank, kami sampai dari trafik light. berhenti kerana trafik light merah untuk masuk ke simpang kanan. setelah beberapa saat menunggu, lampu merah bertukar hijau. dengan berhati2 kord press minyak, memutar stereng untuk ke kanan. ermmm.... beberapa suku saat, laa perasan apsal kord kalut semacam, nampak dari sisi, kereta proton lama menghentam kami dari tepi sebelah co-driver. tempat di mana laa duduk, di sebelah driver, kord.

kord (nmpak sahaja kelibat kereta dari arah kiri tak berhenti, kord teragak2 untuk memperlahankan kembara. mujur kord pantas bertindak, perlahan, kereta tu langgar di bahagian pintu, ke hadapan sedikit. kord pantas ke luar, melihat apa yg jadi pd driver yg lagi satu. setelah sekilas memastikan laa okeh, kord keluar)

laa (semasa hentaman, macam2 dalam kepal otak. flash back peristiwa silam terus datang. laa macam tak percaya laa tak cedera apa2. tiba2 pandangan laa kabur. oh, rupa2nya spek tercabut. sangat2 blur. tiba2 kord dah keluar kereta. laa nk bukak pintu keluar tak boleh. laa nmpk ada penunggang motosikal tergamam di hadapan. laa cuba panggil, nk pastikan, laa okeh. laa keluar kereta melalui tempat pemandu. tak sedar selipar dah tercabut dari kaki. pusing2 kereta cari kord. blurrr.... namun org yg menyaksikan lagi blurr.. setelah beberapa saat di luar, barulah seorg penunggang moto ckp, akak, masuklah, akak tak pkai selipar, kaca banyak.... baru lah laa perasan....)

kaluttttt.........

seorng berpangkat pakcik yang langgar kitorg. ntah lah, dia pon blurr kot. dari arah dia, lampu merah untuk jalan terus menyala, pd masa yg sama, lampu hijau ke kanan pon menyala jgak. dia perasan lampu hijau, terus hentam kami. mula2 nmpk kepala dia berdarah. makin lama, makin byk. dia terhantuk di kaca depan, kaca pecah bertaburan. setelah beberapa minit, mengambil masa untuk terima realiti, ada seorg hamba Allah, nasihatkan laa, ambil gamba, ambil nm pakcik, plat kete pakcik, suruh pakcik ke klinik. darah dari kepala pakcik dh byk keluar, jd kami pon suruh dia ke klinik berhampiran. dengan stedy, pakcik tu jalan kaki je ke klinik. dekat je, takkan nk naik kete, dh tak leh gerak.... huhu....

Wednesday, March 16, 2011


puak2 dia yg lain sedang bergembira sebab dapat makan. tapi dia ni tgh termenung di hujung meriam lama..seolah2 tak sedar langsung apa yang terjadi di sekeliling. menghadap kuala sungai. jauh renungannya...
apalah yang difikirkan oleh sang monyet?
adakah sang monyet merana hatinya dek kerana putus cinta? apakah dia ketua segala monyet2 yang ada, memikirkan permasalahan kaumnya yang semakin jatuh moral dan akhlaknya, sehingga tidak lagi malu meminta2 untuk secekak kacang panjang dan sebungkus kerepek?????


melawat bukit melawati


dua mende ni akan jd tumpuan pelancong naik atas nih.....

 meriam lah yg byk kat sini....
 dlm poket mana dia sembunyikan tgn dia lg satu?? ha..jawabbbb...
 hmmm.... kantoiiiii
 betul ke ni mak dgn anak?? korang rasa DNA sama ke?
 suatu masa dahulu.... desyum!!! desyummm!!!
 pandangan dari atas tramp
 cari binatang apa yang tersembunyi..
 beratur nak naik tunggu tramp. masa melawat dah habiss...
posing maut ka??? hehe

 
erm... terlupa pulak, perkara utama ke k.selangor mestilah naik bukit melawati kan?
dulu dan sekarang jauh beza.
tak silap, dulu kami dapat jalan2, tengok keindahan bukit ni tanpa ada hidupan lain yg jadi tarikan.
petang sabtu, kami sampai, sempatlah naik menikmati pemandangan dan keletah mahluk2 yang meng "konquer" bukit melawati ni.
tak kesah, org putih ke, itam, kelabu, sawo matang, cino, sume dikacau oleh mende nih....
naik ke atas naik tramp.... mendaki bukit, nk kata tinggi sgt tak delah... yang sedang2 saja....
sampai di atas, disambut oleh hidupan yang sgt friendly, tapi nakal, mcm2 hal yg diorg buat....
panjat atas tramp, curi makanan, gaduh, berebut makanan, dukung anak, mcm2 lg...
kami dua tak lepaskan peluang pegi muzium. free jek. even dh nk tutup, sempat jugak lah studi sejarah psl selangor ni...ekceli kord suke sgt melawat muzium ni.....
last tramp... dlm jam 6ptg, kami pon turun dr bukit melawati....
sebenarnya ada lg tempat yang tramp singgah. tp dh petang, mebi kami pon tatau.....
next visit kami akan pergi lagi.